fbpx

Alexander-Arnold bakal ke Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD dilapor bersedia meninggalkan Anfield selepas Real berminat mendapatkan khidmatnya. - AFP

LONDON – Trent Alexander-Arnold dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Liverpool musim panas ini untuk menyertai Real Madrid dalam perjanjian pertukaran yang mengejutkan.

Alexander-Arnold yang merupakan peminat Liverpool sejak kecil telah memulakan kariernya bersama kelab melalui akademi serta membuat debut seniornya pada Oktober 2016 sebelum muncul sebagai pemain elit pasukan itu.

Pemain sayap kanan itu telah memainkan peranan penting dalam beberapa kemenangan besar Liverpool seperti Liga Juara-Juara, Liga Perdana, dan Piala FA di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

Sepanjang beraksi bersama Liverpool, Alexander-Arnold berjaya meledak 19 gol dan 81 bantuan dalam 310 penampilan, namun kontrak semasanya ketika ini hanya berbaki semusim dan berakhir Jun 2025.

Meskipun pemain berusia 25 tahun itu dikatakan menyayangi The Reds, namun terdapat laporan mendakwa bahawa dia telah beberapa kali menolak percubaan Liverpool untuk menawarkan kontrak baharu dan cenderung untuk meninggalkan Anfield.

Dilaporkan, Real Madrid kini memerlukan bek kanan baharu untuk menggantikan Dani Carvajal dan merancang untuk membuka rundingan dengan Alexander-Arnold mengenai perpindahan besar dari Merseyside ke ibu kota Sepanyol.

Rundingan berkenaan dilaporkan melibatkan pertukaran pemain apabila jaguh La Liga berkenaan sedia menawarkan Rodrygo untuk mendapatkan Alexander-Arnold, namun tidak disahkan jumlah wang yang bakal terlibat dalam proses berkenaan.

Bagaimanapun, pemergian Alexander-Arnold dari Anfield yang dianggap wira dalam pasukan, berpotensi menjadikan penyokong marah dan permulaan era Arne Slot dijangka akan menjadi buruk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI