fbpx

Perompak guna kereta rempuh gedung Chanel, samun barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis mengawal keadaan di sekitar gedung Chanel selepas dirompak. - AFP

PARIS  –  Sekumpulan penjenayah menggunakan sebuah kereta untuk merempuh dan merompak sebuah gedung jenama mewah, Chanel dekat lebuh Champs-Elysees di Paris, lapor laman berita Arab News semalam.

Polis berkata, mereka membakar kereta tersebut dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan lain.

Rompakan berlaku sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan), manakala tahap kerosakan masih belum dapat dipastikan.

“Kumpulan perompak menggunakan kenderaan pertama untuk merempuh masuk ke dalam gedung Chanel. Mereka mengambil barangan berharga dan melarikan diri dengan menaiki kenderaan kedua,” kata sumber polis.

Menurutnya, perompak-perompak itu turut membakar kereta pertama tetapi pasukan bomba berjaya memadamkan api tidak lama kemudian.

Polis memburu  empat suspek yang terlibat dalam kes rompakan itu.

Nilai kerugian dan kerosakan masih belum dapat dipastikan, kata pendakwa raya.

Ini merupakan rompakan gedung mewah ketiga  yang berlaku di Perancis. Pada Mei lalu, kumpulan perompak bersenjata  melarikan sejumlah permata dengan menaiki beberapa buah  motosikal.

Suspek kes tersebut masih  bebas, manakala kerugian yang berlaku  dianggarkan antara AS$6.5 juta (RM30.6 juta) hingga AS$10.8 juta (RM47.2 juta), demikian menurut sumber yang rapat dengan siasatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI