fbpx

Malaysia, Turkiye setuju tubuh jawatankuasa khas rancang inisiatif strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) bersama Presiden SSB Prof. Dr. Haluk Görgün (kanan) pada lawatan kerja di Ibu Pejabat Secretariat of Defence Industries (SSB) Ankara semalam. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

ANKARA, Turkiye – Malaysia dan Turkiye melahirkan persetujuan menubuhkan satu jawatankuasa khas berperanan merancang inisiatif strategik bagi memantau kemajuan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu membuktikan komitmen kedua-dua negara bagi melaksanakan MoU mengenai perolehan kerajaan kepada kerajaan (G2G) untuk produk pertahanan yang dimeterai.

“Dalam masa enam bulan, kita dapat jelaskan domain apa yang ingin dibangunkan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Secretariat of Defence Industries (SSB) di sini semalam.

Untuk rekod, MoU G2G itu disifatkan begitu penting kepada Malaysia memandangkan ia tidak pernah dimaterai oleh Malaysia dengan negara-negara lain sebelum ini.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata, menerusi G2G itu, Malaysia tidak semestinya mengeluarkan satu produk lengkap, tetapi turut mengambil kira kekuatan negara dalam aspek elektronik dan sebagainya.

“Kita boleh terlibat dalam soal reka bentuk yang mana pihak terlibat akan mereka bentuk pelbagai komponen terlibat.

“Kementerian akan buat pemetaan syarikat bagi mengenal pasti di mana mereka, kalau kita bantu bangunkan keupayaan, adakah mereka boleh bantu kukuhkan sektor pertahanan negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI