fbpx

Cuaca buruk diramal berlaku di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk dijangka melanda perairan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak dan timur Sabah sehingga pukul 1 tengah hari.

“Di Sarawak, hujan melibatkan beberapa kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Selain itu, cuaca buruk turut diramalkan di Sabah melibatkan Tawau dan Sandakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI