fbpx

Muncung pesawat pecah ditimpa hujan batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUNCUNG sebuah pesawat jenis Airbus A320 tercabut selepas menempuh hujan batu kelmarin. – Jam Press

VIENNA –  Muncung sebuah pesawat tercabut dan tingkapnya pecah selepas kapal terbang itu menempuh ribut serta hujan batu, lapor portal berita  Daily Star semalam.

Pesawat jenis Airbus A320 berusia 23 tahun itu ‘compang-camping’ selepas menempuh cuaca buruk  kelmarin.

Situasi cemas itu berlaku selama 2 minit  pada ketinggian 5,999-meter di ruang udara Hartberg, Austria.

Keadaan itu memaksa  juruterbang membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan terdekat.

Beberapa penumpang  berkata, mereka merasakan pergolakan udara yang kuat ketika pesawat milik Austrian Airlines itu menempuh cuaca ribut.

Mereka turut terkejut mendengar bunyi sesuatu menghempap pesawat yang dinaiki.

Kapal terbang itu bagaimanapun mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Vienna-Schwechat  meskipun muncung  tercabut dan cerminnya  pecah.

Ambulans dan pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Austrian Airlines berkata,  pesawat dari Sepanyol menuju  ke Vienna itu  mengalami kerosakan akibat hujan batu.

“Dua tingkap kokpit , muncung  pesawat dan beberapa panel rosak dilanda hujan batu,” demikian menurut Austrian Airlines. — AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI