fbpx

Lembu rodeo terlepas, sondol penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu tersebut melompat keluar dari gelanggang dan berlari ke arah orang ramai. - New York Post

SALEM, OREGON  –  Penonton acara rodeo atau pertunjukan lembu di negeri Oregon cemas apabila seekor lembu jantan melompat keluar daripada gelanggang dan menuju  ke arah penonton, lapor akhbar New York Post semalam.

Haiwan rodeo tersebut melambung serta memijak seorang wanita yang berjalan di luar gelanggang.

Lembu jantan dinamakan Party Bus itu berlegar-legar di tengah gelanggang.Ia tiba-tiba  melompat pagar setinggi 2.1 meter yang memisahkan gelanggang dan penonton, menyebabkan keadaan menjadi kecoh.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan Party Bus menanduk dan melambungkan  seorang wanita berbaju merah sebelum mangsa jatuh ke  tanah dan dipijak haiwan berkenaan.

Party Bus kemudian merempuh sebuah meja dan berlari ke arah kawasan parkir sebelum ditangkap oleh kakitangan rodeo.

Kejadian berlaku sejurus sebelum pukul 10 malam (waktu tempatan) semasa sesi terakhir pertunjukan Sisters Rodeo kali ke-84, malam Sabtu lalu. 

Ia merupakan acara popular yang mengumpulkan ramai koboi serta penonton.

“Tiga individu cedera akibat diserang lembu jantan itu dengan dua daripada mereka dibawa ke hospital berdekatan,” kata Persatuan Sisters Rodeo dalam satu kenyataan.

Mereka  dibenarkan pulang keesokan harinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI