fbpx

Usus terkeluar selepas bersin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga orang pakar bedah memastikan usus yang terkeluar dimasukkan semula -Wion News

MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki mengalami pengalaman menakutkan apabila ususnya terkeluar kerana bersin terlalu kuat dalam kejadian di negeri di Florida, lapor laman berita Wion News.

Lelaki berusia 63 tahun itu sedang menikmati sarapan pagi bersama isterinya di sebuah restoran ketika kejadian aneh itu berlaku baru-baru ini.

Dia sebelum ini menghidap penyakit kanser prostat dan baru menjalani pembedahan sebelum kejadian berlaku.

Kes luar biasa itu diterbitkan dalam jurnal perubatan, America of Medical Case Reports.

“Semasa sarapan pagi, lelaki itu bersin dengan kuat disusuli batuk dan berasa sakit pada bahagian bawah perutnya.

“Apabila  melihat ke bawah, dia  mendapati beberapa gelung usus terkeluar menerusi bukaan jahitan pembedahannya sebelum ini,” demikian menurut jurnal  tersebut.

Isterinya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Lelaki tersebut dibawa ke sebuah hospital tempatan bagi mendapatkan rawatan segera.

Pembedahan dilakukan di mana usus yang terkeluar dimasukkan semula ke tempat asalnya  secara berhati-hati oleh tiga pakar bedah.

Mereka kemudian menjahitnya perut pesakit dengan lebih teliti dan rapi.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital selama enam hari sebelum dibenarkan pulang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI