fbpx

Taiwan anggap hajat Malaysia mustahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHITE

PENGENDALI Taiwan, Gary White jelas bingung dengan sasaran pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang bercita-cita untuk meraih kemenangan besar pada aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Jurulatih dari England itu berpendapat anak buahnya bersedia untuk memberikan cabaran lebih sukar kepada skuad negara yang kini turut kehilangan ramai pemain utama seperti Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Darren Lok dan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed.

“Dengan pemain utama (Harimau Malaya) pun kita hanya kalah 0-1, tetapi aksi di tempat lawan bukan kerja mudah dan kami akan berjuang walau siapa pun yang akan berada dalam pasukan. Objektif kami jelas iaitu mahukan kemenangan dan kami ada kemahuan untuk dapatkan mata di pertandingan tahap ini.

“Kami ada skuad muda, misi kami agak jelas dan mudah iaitu datang ke sini untuk dapatkan kemenangan. Saya tidak lihat kami hanya sekadar sertai perlawanan ini sebaliknya akan beri sehabis baik dan selebihnya kita lihat pada akhir perlawanan.

“Kami begitu serius dengan apa kami lakukan dan kita akan lihat nanti semasa atas padang,” katanya pada sidang media pra perlawanan, semalam.

Pada perlawanan pertama di tempat lawan November lalu, Harimau Malaya hanya bergantung harap kepada jaringan tunggal Lok bagi memastikan kemenangan kedua sebelum dihimpit kecewa apabila tewas dua kali kepada Oman.

Keputusan seri 1-1 dengan Kyrgyzstan, Khamis lalu meletakkan Harimau Malaya dalam situasi sangat sukar untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, perlu menang 8-0 ke atas Taiwan sambil mengharapkan The Whites Falcons tewas kepada Oman.

Mengulas lanjut, White menjelaskan segala persiapan pasukannya berjalan lancar dan mengharapkan Stadium Nasioal Bukit Jalil dapat dipenuhi oleh penyokong.

“Kami datang untuk mencipta sejarah dan semua orang dalam pasukan ada kemahuan untuk menamatkan kempen kami ini dengan lebih positif. Kami juga harap mereka (pemain naturalisasi) mampu beri impak kerana tiada siapa pun yang datang ke sini untuk bercuti,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI