fbpx

Euro 2024: Slovakia bukan pasukan belasahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOVAKIA enggan dianggap sebagai pasukan pelengkap penyertaan meskipun diundi dalam kumpulan bersama Belgium, Ukraine dan Romania. - AFP

ATAS kertas, Slovakia boleh dianggap sebagai negara paling lemah dalam saingan Kumpulan E pada Euro 2024 apabila perlu bersaing dengan pasukan-pasukan pilihan seperti Belgium, Ukraine dan Romania.

Bagaimanapun, mereka tidak boleh dipandang rendah memandangkan setiap negara yang melayakkan diri ke pusingan akhir sering dianggap memiliki kekuatan hampir sama dengan pasukan-pasukan lain.

Justeru, tiga lagi wakil dalam Kumpulan E tidak boleh mengambil mudah cabaran Slovakia memandangkan skuad kendalian Francesco Calzona itu tetap memiliki beberapa pemain yang beraksi bersama pasukan-pasukan ternama Eropah.

Antara pemain terbaik Eropah dimiliki Slovakia pada edisi kali ini adalah tonggak pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Milan Skriniar serta penjaga gol Newcastle United, Martin Dubravka.

Selain dua nama tersebut, seorang lagi yang perlu diberi perhatian adalah Stanislav Lobotka selepas dia dianggap antara pemain paling berpengaruh dalam pasukan Napoli musim ini.

Calzona menjelaskan, kehadiran mereka pada saingan kali ini untuk memberikan cabaran kepada setiap pasukan dalam saingan peringkat kumpulan selain mencuba nasib melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

“Saya tahu tidak ramai yang meletakkan harapan kepada pasukan seperti kami tetapi saya mahu berikan amaran supaya berjaga-jaga. Kami adalah pasukan yang tidak mudah mengaku kalah sebelum masuk ke dalam padang.

“Harapan setiap pasukan adalah untuk melangkah jauh, begitu juga kami. Saya harap pemain-pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan pasukan-pasukan yang boleh dianggap antara pilihan dalam saingan kumpulan nanti,” katanya.

Sebagai rekod, Slovakia melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024 selepas muncul naib juara Kumpulan J di belakang Portugal pada aksi kelayakan menerusi tujuh kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Pencapaian layak ke pusingan akhir Euro 2024 sebagai naib juara kumpulan tidak boleh dianggap remeh, sekali gus meletakkan Slovakia antara pasukan yang berpeluang untuk layak ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, pada edisi terdahulu yang berlangsung tiga tahun lalu, Slovakia tersekat di peringkat kumpulan apabila menamatkan aksi Kumpulan E di tempat ketiga di belakang Sweden dan Sepanyol.

INFO

JURULATIH: Francesco Calzona
GELARAN: The Falcons
PENCAPAIAN: Pusingan 16 terbaik (2016)
RANKING: No. 48 dunia
KUMPULAN: E (Belgium, Romania, Ukraine)

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL
Martin Dubravka (Newcastle United)
Marek Rodak (Fulham)
Henrich Ravas (New England Revolution)
Dominik Takac (Spartak Trnava)

PERTAHANAN
Peter Pekarik (Hertha BSC)
Milan Skriniar (Paris Saint-Germain)
Norbert Gyomber (Salernitana)
David Hancko (Feyenoord)
Denis Vavro (Copenhagen)
Vernon De Marco (Hatta)
Michal Tomic (Slavia Prague)
Adam Obert (Cagliari)
Matus Kmet (AS Trencin)
Sebastian Kosa (Spartak Trnava)

TENGAH
Juraj Kucka (Slovan Bratislava)
Ondrej Duda (Hellas Verona)
Patrik Hrosovsky (Genk)
Stanislav Lobotka (Napoli)
Matus Bero (VfL Bochum)
Laszlo Benes (Hamburger SV)
Jakub Kadak (Luzern)
Dominik Holly (AS Trencin)

PENYERANG
Robert Bozeník (Boavista)
Lukas Haraslin (Sparta Prague)
Tomas Suslov (Hellas Verona)
Ivan Schranz (Slavia Prague)
David Strelec (Slovan Bratislava)
David Duris (Ascoli)
Robert Polievka (Dukla Banska Bystrica)
Lubomir Tupta (Slovan Liberec)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI