fbpx

Degil, Kangana Ranaut ditampar petugas keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANGANA RANAUT

GARA-GARA enggan mematuhi protokol pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang, pelakon Kangana Ranaut ditampar petugas keselamatan.

Insiden tersebut berlaku selepas aktres yang kini aktif berpolitik itu berdegil untuk memasuki kawasan pelepasan tanpa melalui pemeriksaan.

Malah, dia menolak untuk meletakkan telefonnya di tempat yang telah ditentukan ketika pemeriksaan.

Aktres berusia 37 tahun pada awalnya dilihat bertegang leher dengan seorang polis lapangan terbang sebelum berlaku insiden tersebut.

Kejadian tegang itu dirakamkan ramai pengunjung yang berada di lokasi terbabit dan dikongsikan dalam media sosial.

Selepas itu, dapat dilihat Kangana diiringi beberapa pegawai lapangan terbang dipercayai ke pejabat keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI