fbpx

Penyasaran subsidi diesel: Pemimpin terdahulu tiada tekad politik – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan warga JPM selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Jun Tahun 2024 di Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. Foto Oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa semua Perdana Menteri terdahulu bersetuju dengan langkah penyasaran subsidi, namun tiada tekad politik untuk melaksanakannya.

Perdana Menteri berkata, biarpun beliau tahu terdapat risiko melalui keputusan mengambil tindakan tidak popular itu, namun ia tiada pilihan bagi menyelamatkan negara.

Katanya, beliau turut sedar tindakan berkenaan akan dihentam oleh pelbagai pihak termasuk membuat penipuan walaupun langkah itu adalah merupakan satu perubahan ke arah lebih baik.

“Kita terpaksa ambil beberapa tindakan yang tidak popular, tetapi untuk selamatkan negara.

“Siapa mahu penyelarasan sudbsidi ini? Kena tahu apa pun kita lakukan kita akan dihentam habis-habisan, segala fitnah dan penipuan, tak semestinya (puak memfitnah) pakai songkok, serban, tapi tipu terus-menerus.

“Penyasaran subsidi ini semua Perdana Menteri sebelum ini telah setuju cuma tidak ada tekad politik melaksanakan. Risikonya ada tapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel di stesen runcit di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 seliter bermula hari ini.

Katanya, harga diesel tanpa subsidi itu ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI