fbpx

1,153 kes positif, lima kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,153 kes dicatatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 1,153 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 401 kes menjadikan jumlah kes positif sebanyak 91,969 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,151 kes adalah penularan tempatan manakala dua adalah kes import.

“Terdapat lima kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah di Selangor, Kluster Keris Residence dan Kluster Brumas di Sabah, Kluster Jalan Timah di Johor dan Kluster Long Panji di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, satu lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 433.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 998 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 76,242 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI