fbpx

Pemuda dari Gombak sebar Islam di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL (kanan) mengajar salah seorang penduduk tempatan membaca al-Quran.

SEPERTI yang tular sebelum ini, jejaka bernama Ahmad Iqbal Hadi Mohd. Zamani, pelajar Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan idea unik dan berbeza.

Idea tersebut adalah memilih Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand untuk mengembangkan syiar Islam dengan menyampaikan khutbah dan mengajar al-Quran kepada komuniti sekeliling.

Kembara syiar Islam tersebut turut mengisi keperluan latihan industrinya di negara itu yang bermula pada 18 Mac dan dijangka tamat pada 5 Julai depan.

Jelas pelajar tahun akhir program Dakwah dan Pengurusan Islam itu, dia tidak berseorangan, malah ditemani dua lagi rakannya yang turut menjalani latihan industri di tempat sama.

“Saya memilih Masjid Al Noor kerana ingin mencabar diri dan menimba pengalaman bekerja di luar negara.

“Masjid ini menarik perhatian saya kerana keunikan yang dimiliki iaitu perpaduan etnik, budaya dan mazhab berbeza.

“Ini menjadikan masjid tersebut sebagai entiti penyatuan ummah,” katanya kepada iGen.

Berkongsi soal cabaran tersendiri sepanjang menyebarkan syiar Islam di sana, pandangan mazhab dan budaya yang berbeza sering menjadi halangan utama dalam pengurusan masjid.

Bagi anak jati Gombak, Selangor itu, cabaran dan halangan lain datang dari sudut kekurangan tenaga pendakwah, sekali gus menyukarkan usaha menyebarkan dakwah.

Iqbal sewaktu berdakwah di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand.

Bagaimanapun, katanya, pengalaman belajar tentang pelbagai budaya masyarakat yang berbeza di sana sangat berharga buatnya.

“Pengalaman ini adalah satu pelajaran yang sangat berharga, yang mana mungkin dapat dilupakan begitu sahaja

“Saya juga berharap dapat menggunakannya untuk kebaikan ummah pada masa akan datang,” katanya lagi.

Tambah pemuda yang mesra disapa Iqbal itu, Masjid Al Noor bukan hanya tempat ibadah, malah menjadi pusat dakwah di Christchurch.

Ia menjadi destinasi pelancongan, menawarkan kelas untuk mualaf dan berfungsi sebagai sumber rujukan Islam.

Katanya, komuniti Muslim di Christchurch terdiri daripada lebih 30 etnik daripada pelbagai mazhab dengan jumlah sekitar 4,000 orang.

Diaju mengenai perancangan dakwah Islam selepas ini, Iqbal merancang untuk melanjutkan dakwahnya ke Jepun.

“Saya bercadang untuk memperluaskan pengetahuan dan memahami perbezaan budaya yang sejajar dengan nilai-nilai Islam di Jepun.

“Pilihan saya untuk melanjutkan dakwah di Jepun disebabkan oleh keserasian budaya mereka dengan nilai-nilai Islam tertentu. Misalnya, penekanan terhadap kebersihan dan kepatuhan terhadap waktu.

“Hal ini memberi peluang kepada saya untuk menyebarkan ajaran Islam dalam konteks yang boleh diterima oleh masyarakat tempatan,” katanya mengakhiri perkongsian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI