fbpx

[VIDEO] Kak Long kata nak popular, tak sangka ini asbabnya – Adik Hasnatul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAFIZUDDIN menunjukkan gambar kenangan dia bersama Hasnatul pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

ALOR GAJAH – “Kak Long ada bergurau dia nak popular dekat sosial media, tidak sangka kata-katanya menjadi kenyataan dengan asbab kematiannya,” kata adik Mohd. Hafizuddin Hassan, 37.

Itu luahan adik bongsu kepada Hasnatul Adilah, 48, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang maut selepas bas dinaikinya bersama rombongan guru lain terlibat dalam nahas di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat, awal pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 1 pagi itu, turut maut adalah seorang lagi guru,Hamzah Ahmad, 60, dan kelindan bas, Mohd. Adi Hasan, 29.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan Allahyarhamah adalah pada bulan lalu dan kakaknya itu sempat berseloroh memberitahu ingin popular dengan membuat konten di media sosial TikTok.

“Dia ada buat akaun TikTok, masa jumpa adalah dia kata nak buat konten, nak popular dan dia pun memang ada berniaga kambing perap.

“Tidak sangka dia meninggal pun dalam keadaan ‘popular’, sampai Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pun kata mahu datang ke sini serta ramai warganet mendoakannya di media sosial,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Kampung Ramuan China Besar dekat sini.

Ujarnya lagi, kakaknya itu merupakan seorang ibu tunggal dan menyara tiga daripada lima anak dengan yang sulung telah berkeluarga dan bongsu dijaga oleh bekas suaminya, sejak dua tahun lalu.

Mengulas lanjut dia yang merupakan pegawai tentera di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah memberitahu, kakaknya itu sepatutnya meraikan hari jadinya yang ke-37 pada 16 Jun ini.

“Tahun ini kali ketiga berturut-turut kami kehilangan ahli keluarga. Pada 2022 anak kakak ketiga saya meninggal dekat Johor kerana kemalangan jalan raya, tahun lepas pula anak kakak keempat juga kerana nahas dan tahun ini kak long pula.

“Ahad hadapan, 16 Jun sepatutnya hari jadinya yang ke-37 tetapi di tak sempat meraikannya,” ujarnya.

Katanya, jenazah Hasnatuldijangka akan tiba di kampung halaman di Ramuan China lewat petang ini dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tangki Air Ramuan China Besar.

Kosmo! hari ini melaporkan sebuah bas ekspres yang membawa 39 orang penumpang terdiri daripada guru SK Jeram dan ahli keluarga mereka terbabas ke lereng bukit selepas merempuh sebuah lori treler di KM126 Jalan Kuantan – Segamat.

Rombongan guru itu dalam perjalanan dari Masjid Tanah menuju ke Terengganu sempena Program Lawatan Penanda Aras di SK Kompleks Seberang Takir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI