fbpx

Buat apa bertunang kalau boleh nikah terus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan akad nikah berlangsung sejurus selepas bertunang. - TikTok @zamuer0

JAKARTA – Sepasang kekasih terkejut apabila dikahwinkan pada majlis pertunangan mereka secara tiba-tiba selepas dipersetujui oleh kedua-dua keluarga, lapor laman berita Detik semalam. 

Kejadian berlaku di Mojokerto, wilayah Jawa Timur pada 27 Mei lalu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zamuer0, pasangan tersebut dilihat sedang melakukan proses penyerahan cincin tunang. 

Ketika sesi perbualan, keluarga kedua-dua pihak secara tiba-tiba bersetuju untuk menikahkan mereka pada hari yang sama. 

“Niatnya hanya mahu bertunang, tiba-tiba berjabat tangan (akad nikah). Alhamdulillah, sah jadi suami isteri,” kata keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih sebanyak 3.5 juta tontonan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI