PETALING JAYA – Seorang pejalan kaki berdepan detik cemas apabila telefon bimbitnya diragut penunggang motosikal yang muncul secara tiba-tiba di kawasan berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Menerusi rakaman video berdurasi 34 saat itu, menunjukkan lelaki itu leka menggunakan telefon bimbit di bahu jalan sementara menunggu lampu isyarat pejalan kaki.
Meninjau dari ruangan komen, rata-rata netizen berang dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas insiden tersebut.
“Celakanya. Dah macam burung sambar cacing cara dia ragut tu,” komen @ArieSanchezz.
“Tolong wujudkan hukum hudud dan potong tangan peragut ini,” komen @wiraEhsn.
Dalam pada itu, terdapat netizen mendakwa kejadian ragut berkenaan dijadikan sebagai pengajaran kepada orang awam untuk sentiasa berhati-hati dengan persekitaran ketika di luar rumah.
“Pengajarannya, jangan la ‘on calling’ atau main telefon dekat bahu jalan yang senang diragut. Nak main telefon, pastikan jauh sedikit dari bahu jalan,” komen @syfreeze.
“Kesian juga, tapi pengajaran untuk renungan kembali tabiat orang ramai hari ini yang terlalu leka bermain telefon bimbit tanpa mengira tempat, serta langsung tak sedar persekitaran,” komen @ipohcmelee. – KOSMO! ONLINE
Kejadian Ragut di KL berhampiran Pasar Seni, 8hb Jun, Jam 12 lebih tengah hari.
Kpd mangsa, saya ada rakaman dashcam semasa kejadian. Jika diperlukan boleh pm saya.
Mohon bantu RT sampai jumpa mangsa pic.twitter.com/u80QKLeTCA
— AS (@ckinasikin) June 8, 2024