fbpx

249 individu ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 249 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 248 individu telah dikompaun dan seorang direman.

“Antara kesalahan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (132) dan tidak memakai pelitup muka (63).

“Selain itu, kesalahan lain seperti gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan mencatatkan sebanyak 54 kes, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama katanya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 47,811 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI