fbpx

Faizal Ismail upah ustaz belajar ilmu haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL (tengah) bersama isteri (kanan) dan anak perempuannya ketika ditemui di Mekah baru-baru ini.

MEKAH – Demi memastikan kefahaman haji yang lebih jelas buat keluarganya, penyampai radio, Faizal Ismail, 48, atau dikenali dengan jolokan FBI (Faizal bin Ismail) sanggup ‘berguru’ dengan seorang ustaz.

Inisiatif tambahan itu bagi memudahkan urusan keluarganya dalam mendapatkan penjelasan terperinci berhubung persoalan-persoalan berkaitan ibadah rukun Islam kelima itu.

Niatnya cuma satu, untuk memastikan ilmu dan pengetahuan terutama bagi anak serta isteri mencukupi walaupun terdapat kursus disediakan pihak Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Paling penting, dia mahu segala persoalan-persoalan yang menyentuh perjalanan haji terjawab sebelum mereka sekeluarga berangkat ke Tanah Suci.

“Walaupun sudah biasa mengikut jemaah umrah tetapi untuk haji ini ada penambahan (rukun) yang perlu difahami.

“Oleh itu, saya dan keluarga mengambil inisiatif untuk fahami perkara ini bersama seorang ustaz bagi menjawab setiap persoalan lebih terperinci,” katanya ketika ditemui di Tanah Suci.

Ibadah itu turut disertai isteri­nya, Nor Azlina Ahmad Din dan anak perempuan sulung, Nur Khairina Iman.

Ujar Faizal, antara soalan yang banyak disentuh ialah hal-hal berkaitan wukuf, melontar jamrah dan bermalam di Muzdalifah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI