fbpx

Chris Evans sangkal dakwaan sokong Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar lama Evans bersama tentera Israel tular sehingga aktor itu dikecam sebagai penyokong Zionis.

PELAKON Chris Evans akhirnya membuka mulut tentang kontroversi mendakwa dirinya penyokong Israel.

Dakwaan tersebut muncul apabila tular gambar yang memaparkan aktor filem Captain America itu menandatangani objek yang dilihat seperti bom.

Katanya, gambar tersebut diambil ketika mengadakan lawatan di USO (badan bukan kerajaan Amerika Syarikat yang menyediakan aktiviti hiburan buat tentera) sekitar tahun 2016.

“Terdapat banyak maklumat salah mengenai gambar ini. Gambar ini diambil lapan tahun lalu semasa lawatan di USO.

“Saya ke sana bersama sekumpulan pelakon, atlet dan pemuzik untuk menunjukkan penghargaan kami kepada mereka,” katanya.

Difahamkan, objek yang kelihatan seperti bom tersebut hanya model peluru untuk tujuan pameran sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI