fbpx

Perbezaan tafsiran perundangan Persekutuan, Sarawak akan dimuktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (tengah) dan isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir (dua kanan) serta tetamu kehormat lain menunjukkan kuih tradisional 'Chang' sempena Perayaan "Duan Wu" Dragon Boat Festival di Surau Al-Ansar, Taman Yen Yen, Matang Jaya, di Petra Jaya hari ini.

KUCHING – Perbezaan tafsiran perundangan antara Persekutuan dengan Sarawak berhubung beberapa perkara antaranya bidang kuasa perairan, tanah dan cukai akan dimuktamadkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ia selepas mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) baru-baru ini bersetuju membawa perkara itu ke Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disertai Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini kerana di Sarawak sudah mempunyai tafsiran perundangan sendiri berhubung beberapa perkara seperti bidang kuasa perairan, tanah dan cukai,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perayaan “Duan Wu” Dragon Boat Festival di Surau Al-Ansar, Taman Yen Yen, Matang Jaya, di Petra Jaya hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata selepas perkara itu dimuktamadkan, ia akan dibawa ke Kabinet Persekutuan bagi memutuskannya secara dasar.

Fadillah berkata ketika ini, perkara itu sedang diperincikan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya antara tafsiran perundangan berbeza itu ialah berkaitan bidang kuasa sempadan perairan laut di Sarawak.

“Sempadan laut Sarawak sudah diputuskan sebelum penubuhan Malaysia lagi, namun selepas Kerajaan Persekutuan memperkenalkan Akta Pelantar Benua (APB) 1966, sempadan Sarawak kini menjadi terhad,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI