fbpx

Takziah buat keluarga mangsa kemalangan bas – KP Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan mengucap takziah kepada keluarga mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas dan treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Pahang, malam tadi.

Azman dalam hantaran di aplikasi Facebook turut mendoakan kesemua guru yang cedera dalam kemalangan berkenaan segera sembuh.

“Menerima berita duka subuh tadi daripada Pengarah Pendidikan Melaka apabila sebuah bas persiaran yang membawa rombongan guru daripada SK Jeram Masjid Tanah terbabas dan terjunam selepas terlibat dengan kemalangan dengan sebuah treler membawa 39 penumpang dalam perjalanan ke Terengganu.

“Takziah kepada keluarga guru Allahyarhamah Hasnatul Adila Hasan dan pemandu yang meninggal dunia serta mendoakan roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Innalillahi wainna ilayhi rajiun,” katanya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 malam tadi, tiga individu termasuk seorang guru dilaporkan maut selepas bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Difahamkan, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI