fbpx

KPM sedia sokongan psikososial di sekolah guru terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina hadir pada Sambutan Hari Keluarga Media Mutiara Pulau Pinang di sebuah taman tema air di Bertam, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengerahkan Pasukan kaunselor untuk memberi sokongan psikososial kepada rakan dan anak murid kepada guru yang terlibat dalam nahas membabitkan sebuah bas dan treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Pahang, malam tadi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pasukan terbabit akan turun ke semua sekolah guru-guru yang terlibat dalam kejadian itu, esok.

Menurutnya, pihaknya ketika ini sedang mengambil semua langkah untuk mendapatkan laporan penuh punca kemalangan berlaku.

“Saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru-guru ini (mangsa kemalangan) dan kita rasa sangat dukacita atas kejadian ini.

“Di peringkat KPM, kita sedang mengambil semua langkah termasuk kebajikan guru-guru yang sebahagiannya ada di hospital untuk rawatan dan juga keluarga.

“Persiapan sekolah esok kerana ada sekolah-sekolah yang akan kehilangan guru. Jadi, kita kerahkan kaunselor utk turun ke semua sekolah ini untuk memberikan sokongan psikososial kepada rakan-rakan guru dan juga anak murid yang kehilangan guru dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Hari Keluarga Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara) bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sebuah taman tema air di Bertam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 malam tadi, tiga individu termasuk seorang guru dilaporkan maut selepas bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler.

Difahamkan, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI