fbpx

2 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal sehingga Jumaat lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA penduduk Palestin berada dekat runtuhan sebuah bangunan akibat dibom Israel di Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

PETALING JAYA – Statistik Pejabat Media Kerajaan Gaza mendedahkan sehingga Jumaat lalu kira-kira dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal sepanjang tempoh peperangan di Gaza yang bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Angka tersebut dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi satu hantaran di aplikasi Telegramnya semalam.

Berdasarkan perkongsian itu, kebanyakan mereka hilang tempat tinggal selepas 138,300 kediaman musnah sepenuhnya dan 453,000 lagi separa musnah.

Kemusnahan itu ekoran kira-kira 79,000 tan bahan letupan dijatuhkan ke kawasan di Gaza.

“Selain kemusnahan kediaman, sebanyak 192 ibu pejabat serta 110 sekolah serta universiti di Semenanjung Gaza musnah sepenuhnya.

“Sebanyak 319 sekolah dan universiti separa musnah, 604 masjid musnah sepenuhnya serta 200 masjid separa musnah,”kongsi Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Tambah perkongsian itu, sebanyak 33 hospital dan 55 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi ekoran serangan itu.

“Kira-kira 160 institusi kesihatan separa terjejas, 131 ambulans musnah sepenuhnya. Turut dimusnahkan tentera Zionis adalah 206 tapak arkeologi dan warisan di sekitar Gaza.

“Berdasarkan statistik juga, kira-kira 33 bilion dolar (USD) kerugian awal langsung perang kemusnahan di Semenanjung Gaza,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI