fbpx

Warga emas maut berlanggar di laluan motosikal Lebuh Raya Guthrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal milik lelaki warga emas yang maut selepas kemalangan di kilometer 8, Lebuh Raya Guthrie, Sungai Buloh, semalam.

 

SUNGAI BULOH -Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal dinaikinya berlanggar dengan motosikal lain dalam kejadian di kilometer 8 Lebuh Raya Guthrie, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian sekitar pukul 2.11 petang itu berlaku melibatkan motosikal jenis Honda RS150 dinaiki lelaki 60-an dan motosikal jenis Benelli dinaiki lelaki 20-an.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Benelli daripada laluan utama telah memasuki laluan motosikal lalu bergesel dengan Honda RS150 yang bergerak lurus.

“Punca kemalangan sebenar masih dalam siasatan. Akibat dari kemalangan tersebut, penunggang motosikal Honda RS150 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa telah dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbaya sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta menghubungi Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-3940423 untuk membantu siasatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI