fbpx

Program HYTB@IPT lahir generasi muda celik cukai -LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Halimin bersama Mohd. Sazili ketika merasmikan program HYTB@IPT di UiTM Kampus Sungai Petani semalam.

PETALING JAYA – Bagi memperkasakan asas pembesaran cukai dalam kalangan generasi muda, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah melaksanakan program HASiL Your Tax Buddy (HYTB@IPT) semalam.

Program yang dilaksanakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani itu melibatkan 120 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai fakulti di peringkat Diploma dan Sarjana.

LHDN berkata, program kali kedua diadakan di Negeri Jelapang Padi itu merupakan salah satu pendekatan agensi itu dalam membentuk generasi yang memiliki literasi cukai yang tinggi sekali gus melahirkan golongan pelajar celik cukai.

Jelasnya, program tersebut telah dirasmikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, Khairul Halimin Abdul Halim serta turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi.

“Sebanyak tiga segmen telah dilaksanakan bagi memenuhi pengisian program iaitu HASiL Pocket Talk, HASiL MyTaxrobic dan HASiL Taxplorace.

“Penganjuran program ini sebagai satu langkah positif untuk melahirkan lebih ramai
generasi muda yang mampu bertindak sebagai duta LHDN.

“Seterusnya dapat menyampaikan maklumat percukaian dan meningkatkan tahap pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan masyarakat di Malaysia,”kata LDHN dalam satu kenyataan.

LHDN menambah, diharapkan kolaborasi itu dapat memenuhi aspirasi Malaysia Madani dalam usaha mendidik masyarakat yang cakna mengenai kepentingan dan tanggungjawab membayar cukai.

Sekali gus katanya, ia menjadikan sistem percukaian negara sebagai aset komuniti yang perlu dipelihara demi pembangunan negara dan kemakmuran rakyat.

Mengulas lanjut, LHDN memaklumkan, selain program itu, pihaknya turut mengambil inisiatif menyantuni mahasiswa yang terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan menerusi kutipan Sumbangan Tabung Kiosk Prihatin Kepada Mahasiswa-Mahasiswa UiTM Cawangan Kedah dengan jumlah sumbangan sebanyak RM5,000.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI