fbpx

Tiga termasuk ibu dan anak maut Myvi bertembung Bezza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan maut melibatkan dua buah kereta di Kilometer 18 Jalan Jerantut-Maran berdekatan Sungai Salan di Jerantut lewat petang semalam.

JERANTUT – Dua beranak iaitu ibu dan anak perempuan serta seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Bezza di Kilometer 18 Jalan Jerantut-Maran berdekatan Sungai Salan di sini lewat petang semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Norazlina Ismail,44, dan anak perempuannya, Nur Harina Fatihah Syaifol Bahari,21, yang menaiki kereta Perodua Bezza dan pemandu kereta Perodua Myvi, Suhaimi Abd Rahman,42.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika kereta Perodua Bezza dalam perjalanan dari arah Jengka menghala ke Jerantut manakala kereta jenis Perodua MyVi dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian kereta Perodua Myvi tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kereta Perodua Bezza.

“Akibat kemalangan seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hosppital,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zukri mangsa yang maut dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dn semasa kejadian cuaca baik dn permukaan jalan rata dan kering,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI