fbpx

Dua beranak maut nahas MPV, lori muatan tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah MPV dan lori muatan tayar di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh hari ini. - Foto JBPM

IPOH – Seorang wanita dan anak perempuannya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah lori muatan tayar di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan MPV jenis Toyata Avanza itu berusia 50 tahun, manakala anak perempuannya berusia 12 tahun duduk di bahagian belakang sebelah kiri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 11.39 pagi dan kejadian itu turut menyebabkan pemandu MPV berusia 65 tahun parah, manakala dua kanak-kanak perempuan cedera.

“Kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Avanza dinaiki lima individu dipercayai bertembung dengan sebuah lori satu tan sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.

“Dua mangsa tersepit dalam kenderaan. Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Dalam kejadian itu, pemandu lori berusia 33 tahun tidak cedera,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI