PETALING JAYA – “Untung orang Terengganu dapat tengok hoverkraf mendarat ‘live’ depan mata,”
Begitulah komen seorang pengguna, @sanusi pada video TikTok berdurasi 58 saat yang dimuat naik oleh @ismailafandi91, Selasa lalu.
Difahamkan, hoverkraf tersebut berkemungkinan adalah milik pasukan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF) yang sedang menjalani latihan ketenteraan bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) selama 10 hari bermula 28 Mei lalu.
Menurut @spinosaurus93.5, hoverkraf tersebut merupakan model Landing Craft Air Cushion (LCAC) yang mampu membawa peralatan ketenteraan seberat 60 hingga 75 tan dari kapal hinggalah ke pesisiran pantai.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut berkongsi rasa teruja kerana berpeluang untuk melihat sebuah hoverkraf mendarat.
“Fuh, macam dalam filem Malbatt dan Paskal,” kata @esyiacomell03_.
“Ada latihan ketenteraan rupanya. Patutlah ramai tentera AS dekat kawasan rehat dan rawat (R&R) Paka haritu,” kata @Sarahzulaika.
“Untunglah siapa yang ada dekat sana,” kata @Saiful.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 3,941 tanda suka dan 117,800 tontonan di aplikasi TikTok. – KOSMO! ONLINE
@ismailafandi91Hovercraft in Terengganu