fbpx

‘Pintu ke Neraka’ semakin luas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS mendapati Kawah Batagaika semakin membesar di Siberia. - Foto Murton et al/Permafrost Periglacial Processes

MOSCOW – Sebuah kawah gergasi dikenali sebagai ‘Pintu ke Neraka’ yang terletak di Siberia menjadi semakin besar akibat impak perubahan iklim, demikian menurut sekumpulan saintis seperti laporan akhbar The New York Post semalam.

Di namakan Kawah Batagaika, lubang  yang terletak di Tanah Tinggi Yana itu kini meliputi kawasan seluas 80.93 hektar. Kawah itu turut boleh dilihat menerusi rakaman satelit  dari angkasa lepas.

Gambar Batagaika pertama kali dirakam pada tahun 1991. Namun, kawah itu menjadi semakin  besar dan lebih dalam kerana pemanasan global yang menyebabkan kecairan kawasan diliputi ais.

Dalam kajian baharu diterbitkan dalam jurnal Geomorphology, saintis glasier, Alexander Kizyakov bersama pasukannya menggunakan data  yang diperoleh pada 2019 hingga 2023 untuk mencipta paparan 3 Dimensi (3D) tentang kelajuan kecairan kawasan ais itu ataupun dikenali sebagai permafrost.

Mereka mendapati Kawah Batagaika memiliki kedalaman 91.4 meter dan berpotensi menjadi lebih dalam kerana pencairan permafrost hampir mencapai batuan dasar di bahagian bawahnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI