fbpx

PRK Sungai Bakap: PN umum calon 15 Jun  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi dalam sidang akhbar selepas menyertai Kayuhan Amal The Greater Kedah di Masjid Kampung Musa, Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 15 Jun ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PN sudah memuktamadkan calon untuk PRK tersebut dengan gerak kerjanya bermula hari ini.

“PN minggu depan calon kita akan diumumkan pada 15 Jun, sebelum Hari Raya Haji. Raya haji 17 Jun kan? InsyaAllah, calon pun telah disenarai pendek. Satu (seorang calon) sahaja.

“Malam ini kita akan lancarkan jentera.  Pukul 3 petang mesyuarat jawatankuasa induk. Jawatankuasa induk PRK Sungai Bakat diketuai oleh Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan saya pengarah operasi. Banyak lagilah daripada Bersatu dan Gerakan dalam jawatankuasa itu. Atas nama PN,” katanya ketika ditemui selepas menyertai Kayuhan Amal The Greater Kedah, di Masjid Kampung Musa, Pedu di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI