fbpx

Nampak ikhlas, netizen sebak tengok air mata Leona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMOSI jujur Leona sewaktu turun padang menyantuni golongan kurang kemampuan menyentuh hati netizen.

PETALING JAYA – Pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berjaya membuat ramai netizen sebak apabila tular sebuah video memaparkan dia ‘turun padang’ memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan baru-baru ini.

Bukan sahaja netizen, Leona, 22, yang turut menitiskan air mata berkata, hatinya terkesan melihat reaksi dan kegembiraan yang terpancar pada wajah beberapa penerima bantuan tersebut.

“Saya perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki sebab mereka (penerima sumbangan) sangat gembira apabila mendapat beras dan sebagainya.

“Kita patut bersyukur untuk semua benda dalam hidup kita. Walaupun kecil atau besar, semua kena bersyukur. Makanan, kesihatan, kehidupan yang tenang,” katanya dalam sebuah video yang turut menjual produk makanan sejuk beku.

Menerusi perkongsian tersebut, kelibat Azhar turut kelihatan sama dalam memberi sumbangan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap merendah diri Leona yang disifatkan tidak kekok mendekati golongan memerlukan malah jujur dan ikhlas dalam memaparkan emosinya sendiri.

“Walaupun dia dibesarkan dengan cara hidup T20, Leona tak kekok lakukan kerja-kerja amal. Bagis Leona teruskan jadi idola anak muda.

“Sebak melihat keikhlasan dia, tak perlu berlakon nampak baik. Sebak pula.

“Tak sangka dia akan menangis, kami pun ikut rasa sedih sekali,” komen netizen.

Terdahulu, nama Leona kerap menjadi bualan netizen apabila tular pelbagai video memaparkan gelagatnya yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Dia juga meraih pujian baru-baru ini apabila tampil bersuara bahawa pendidikan sangat penting khususnya dalam kalangan generasi muda ketika ramai yang berpendapat ilmu tidak lagi menjadi prioriti hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI