KAJANG – Trafik dilaporkan sesak lebih sembilan kilometer (km) susulan kemalangan berlaku Lebuh Raya Utara-Selatan KM 293.1 arah selatan dari Southville City ke Putra Mahkota, kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Susulan perkara itu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) menyarankan pemandu agar berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif.
“Setakat pukul 12.15 tengah hari, kerja pembersihan sedang dijalankan dan lorong kanan masih ditutup.
“Lorong tengah, lorong kiri dan lorong kecemasan boleh dilalui di lokasi. Trafik sesak 9 km,” jelasnya dalam hantaran di Facebook. -KOSMO! ONLINE