fbpx

Wanita ditelan ular gergasi ketika jual hasil kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ULAR piton gergasi yang menelan Farida. - Kalimantanlive.com

JAKARTA – Seorang petani disahkan terkorban akibat dibaham seekor ular sawa gergasi ketika hendak menjual hasil kebunnya, lapor saluran berita Wartabanjar hari ini. 

Kejadian berlaku di Dusun III Paraja, Desa Kalempang wilayah Sulawesi Selatan kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Farida dan berusia 50 tahun. Dia dilaporkan hilang oleh suaminya apabila tidak pulang ke rumah dan hilang tanpa jejak.

Menurut Penghulu Desa Kalempang, Suardi Rosi, suami mangsa menemui seekor ular gergasi berukuran panjang lebih 7 meter dengan bonjolan pada perutnya. 

“Ular itu ditemui ketika suaminya keluar untuk mencari Farida. Melihatkan perut ular tersebut, ia disyaki telah menelan mangsa.

“Kerana perutnya terlalu besar, ular tersebut sukar  bergerak. Keadaan itu membolehkan penduduk tempatan menangkapnya,” kata Suardi. 

Mereka kemudian membelah perut ular berkenaan dan menemui mayat Farida di dalamnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI