BERLIN – Seekor ikan air tawar pemakan itik membesar mencapai saiz ‘gergasi’ sehinggakan penduduk tempatan menyangka haiwan itu adalah jerung, lapor akhbar The Sun semalam.
Pemancing dari seluruh Jerman cuba menangkap ‘raksasa’ itu di sebuah perkampungan kecil di timur laut Hesse.
Ikan spesies ‘catfish” itu dipercayai hidup di dalam sebuah tasik kecil di tapak perkhemahan Beiseforth, tengah Jerman.
Gambar ikan itu telah dirakam pada musim panas tahun lalu.
Ketika itu, seorang lelaki yang berkhemah berjaya merakam ikan tersebut di perairan cetek, hanya beberapa sentimeter dari tempatnya berdiri.
Ikan itu sangat besar sehinggakan telefon bimbit yang digunakan untuk merkam gambar itu tidak dapat memuatkan keseluruhan kepalanya kerangka lensa foto.
Dianggarkan memiliki panjang 1.80 meter, makhluk itu sangat besar. Spesies catfish merupakan ikan pemangsa paling besar di Eropah. – AGENSI