JAKARTA – Seorang pensyarah yang sedang mengajar terpaksa membatalkan kelas selepas ‘terseksa’ dengan bau celah lengan pelajarnya, lapor laman berita Abatanews semalam.
Menerusi rakaman tersebut, guru yang sedang duduk di kerusi itu dilihat menutup hidung menggunakan tudungnya.
Lebih parah, semua pelajar di dalam kelas itu turut menutup hidung mereka sebelum meninggalkan kelas beramai-ramai kerana tidak tahan dengan bau tersebut.
“Kelas mana yang terpaksa dibatalkan gara-gara bau ketiak,” demikian menurut keterangan rakaman itu.
Bagaimanapun, lokasi kejadian masih belum diketahui.
Perkongsian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kyraaayey itu menjadi tular baru-baru ini dan mengundang perhatian orang ramai.
“Memang benar, bau celah lengan boleh membuatkan orang mual,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Jagalah kebersihan badan, jangan menzalimi orang lain.. berdosa,” kata netizen lain. – AGENSI