fbpx

Operasi SAR 7 jam cari iPhone wanita jatuh celah batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI menyelamat berjaya menemui iPhone milik seorang wanita di tepi pantai Kerala. - Foto @antiliyachalets

NEW DELHI  – Satu rakaman  video tular memaparkan ‘operasi mencari dan menyelamat (SAR)’ untuk mendapatkan semula telefon pintar  iPhone milik seorang wanita bernilai 150,000 rupee (RM8,433) yang jatuh di celah batu di tepi pantai, lapor portal berita The Indian Express.

Telefon itu milik seorang wanita yang meminta bantuan daripada kakitangan sebuah resort di Varkala, Kerala yang menjadi tempat penginapannya.

Apa yang berlaku seterusnya ialah operasi selama tujuh jam dilancarkan untuk mendapatkan semula telefon bimbit itu.

Kakitangan resort turut mendapatkan bantuan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Kerala. 

Video yang merakamkan detik-detik sepanjang operasi panjang itu dikongsi di platform Instagram rasmi resort @antiliyachalets.

Kapsyen itu menyebut ombak dan angin yang kuat menyebabkan operasi itu sukar. 

Namun, pasukan bomba dan kakitangan resort akhirnya berjaya mendapatkan semula telefon bimbit yang hilang. 

Pengguna media sosial yang menonton video tersebut memberikan komen berbeza dengan ada yang kecewa kerana bomba dipanggil untuk tugasan bukan kecemasan, manakala netizen lain menganggap kejadian itu melucukan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI