JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan aksi seorang wanita menunggang sebuah motosikal secara berbahaya dan melanggar peraturan lalu lintas, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman itu, penunggang tersebut dilihat membawa lima pembonceng yang merupakan pelajar sekolah.
Lebih parah, keenam-enam mereka tidak memakai topi keledar ketika melalui jalan raya yang sibuk.
Kejadian berlaku di Jalan Veteran, Kota Makassar dalam wilayah Sulawesi Selatan.
Rakaman itu turut menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di bahagian depan motosikal tersebut.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas wanita tersebut. – AGENSI