fbpx

MotoGP: Ducati bimbang hilang Pramac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRAMAC masih belum menyatakan persetujuan untuk mereka kekal menjadi pasukan satelit Ducati musim depan. - AFP

BOLOGNA, ITALI – Ducati mengakui bimbang apabila pasukan Itali itu bakal kehilangan pasukan satelit mereka iaitu Pramac Racing tahun depan.

Bos Ducati Corse, Gigi Dall’Igna memberi amaran tersebut selepas mengesahkan mereka berdepan ancaman kehilangan Pramac yang kemungkinan meninggalkan kilang Borgo Panigale.

“Risiko kehilangan Pramac adalah nyata. Seluruh dunia mendorong Pramac untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada Ducati.

“Sudah pasti ia akan menjadi kekecewaan yang besar buat kami kerana Pramac telah bersama kami untuk jangka masa yang sangat lama, mereka adalah sebahagian daripada kejayaan kami.

“Saya rasa semua kemungkinan perlu dinilai dan spekulasi Pramac meninggalkan Ducati bukan perkara main-main,” katanya.

Pengurus pasukan Pramac, Gino Borsoi dikatakan masih belum lagi menandatangani kontrak secara rasmi untuk kekal bersama pasukan Ducati, namun mereka perlu membuat keputusan sebelum 31 Julai ini nanti.

Bagaimanapun, pasukan Pramac ketika ini mempunyai pilihan sama ada memilih untuk memperbaharui kontrak mereka dengan Ducati selama dua tahun lagi, atau menerima tawaran menarik daripada Yamaha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI