TOKYO – Sebuah gunung di wilayah atau Prefektur Tokushima digelar gunung semula jadi paling rendah di Jepun kerana memiliki ketinggian cuma 6.1 meter, lapor laman berita Odditycentral kelmarin.
Gunung Benten terletak di kawasan sawah padi yang subur itu merupakan antara gunung paling rendah di dunia.
Kira-kira 10,000 orang mendaki ke puncak gunung itu pada setiap tahun. Pencapaian tersebut kerana ia mengambil masa satu minit sahaja untuk sampai ke puncaknya.
Gunung Benten dibuka secara rasmi kepada pelancong bermula 1 Jun lepas.
Mereka yang mendaki hingga ke puncak akan diberi ganjaran Sijil Bukti Penskalaan dan cuma perlu membayar sedikit yuran pendakian.
Sepanjang tahun, gunung itu turut menganjurkan pelbagai acara termasuk perayaan bunga sakura dan majlis perkahwinan.
Benten juga dianggap gunung paling selamat di Jepun kerana tiada laporan kemalangan atau kehilangan pernah direkodkan.
Sebagai perbandingan, gunung tertinggi di Jepun iaitu Gunung Fuji memiliki ketinggian 3,776 meter. – AGENSI