fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa Johor dan Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat terutama di Johor dan Sabah sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk di Johor itu tertumpu di kawasan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru.

“Cuaca buruk itu turut melanda beberapa tempat melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak, dan Lahad Datu) di Sabah.

“Selain itu, kebanyakan kawasan di Pantai Barat turut mengalami hujan lebat melibatkan Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

“Di kawasan selatan, Negeri Sembilan dan Johor dilaporkan turut mengalami cuaca yang sama petang ini,” katanya.

Cuaca buruk juga diramal berlaku di Pantai Timur melibatkan kawasan pedalaman di Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, di Malaysia Timur pula selain Sabah, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang yang akan berterusan sehingga pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI