fbpx

Dua kluster baharu di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Dua kluster baharu dikesan di negeri ini iaitu Kluster Utama Rini dan Kluster Tembok Gajah yang menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 kepada 77 kes baharu dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, R. Vidyananthan berkata, Kluster Tembok Gajah melibatkan fasiliti Penjara Kluang di Daerah Kluang manakala Kluster Utama Rini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Beliau berkata, daripada 77 kes baharu dilaporkan, 18 kes melibatkan kluster-kluster sedia ada, 16 kes daripada kluster baharu, 22 kes daripada saringan kontak rapat, 19 kes daripada lain-lain saringan Covid-19 dan dua kes import luar negara.

“Kes indeks bagi Kluster Tembok Gajah ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Disember lalu melalui saringan individu bergejala. Sehingga semalam, seramai 52 individu telah disaring dan 13 daripadanya dikesan positif Covid-19.

“Susulan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Penjara Kluang dan Kuarters Penjara berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, kes indeks bagi Kluster Utama Rini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Disember lalu telah melalui saringan individu bergejala.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini selepas seramai 100 individu telah menjalani ujian saringan.

“Pertambahan 77 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 2,912 kes.

“Daripada jumlah itu, 1,779 kes telah pulih manakala 1,101 kes yang aktif telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital. Kumulatif kematian setakat ini adalah sebanyak 32 kes,” katanya lagi.

Beliau berkata, pertambahan dua kluster baharu itu menjadikan kumulatif kluster aktif di negeri ini adalah sebanyak 21 antaranya Kluster Cahaya Mahsuri (mukim Tebrau), Kluster Desa Idaman (mukim Senai), Kluster Langkasuka (mukim Tebrau), Kluster Tenun Merah (mukim Simpang Kanan) dan Kluster Jalan Dalam (mukim Pulai).

Katanya, pengesanan kontak rapat dan ujian Covid-19 masih lagi giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI