DIBERI kepercayaan menyerikan skor muzik atau berdendang menyempurnakan segmen lagu tema atau runut bunyi sesebuah naskhah drama mahupun filem ibarat tuah buat setiap penyanyi. Jika naskhah tersebut meledak, lagu yang menjadi runut bunyi pasti terkena tempias sama, namun bukan semua penyanyi mampu meraih peluang sebegitu. Berbeza pula halnya bagi Marsha Milan apabila lagu-lagunya bergema seiring kehangatan dua buah drama popular TV3 iaitu Lelaki Itu dengan Dulu Kini dan Akhirnya, manakala Hening Rindu kedengaran lunak menyumbang impak dramatik naskhah Aku Bukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya