fbpx

K2

Majlis rai ‘janda’ harus, tapi jangan berlebih-lebih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hukum asal mengadakan majlis sempena perceraian adalah harus dengan syarat-syarat tertentu. - Gambar hiasan

SEPERTI diriwatkan oleh Abu Dawud al-Baihaqi dan Ibn Majah, sabda Rasulullah SAW, “Perkara halal yang paling dibenci Allah SWT adalah talak.”

Perceraian diharuskan sebagai jalan keluar daripada perkahwinan, namun harus diingat bahawa ia juga memikul bersama hak-hak yang perlu dihormati selepas fasa berkenan.

Menurut Pengarah Institut Bahasa Antarabangsa, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Prof. Madya Dr. Mohd. Azhar Abdullah, hukum asal mengadakan majlis sempena perceraian adalah harus dengan syarat-syarat tertentu.

“Adalah ditegaskan bahawa majlis ini tidak menjadi kebiasaan atau uruf bagi umat Islam.

“Justeru, menjadi hak kepada pihak yang mahu mengadakan majlis untuk memelihara fitnah daripada timbulnya salah faham.

“Satu pihak bergembira, tetapi satu pihak lagi mungkin berduka cita atau masih menyimpan dendam. Ini akan menyemarakkan lagi perselisihan dan perpecahan,” katanya kepada K2.

Hal ini disebabkan sesetengah pasangan menerima kesan-kesan yang buruk daripada pengabaian hak dan adab selepas bercerai.

Antaranya tidak membayar mutah, nafkah dan terus berkelahi sehingga melibatkan masa depan anak-anak.

Sehubungan itu, Mohd. Azhar berkata, umat Islam disarankan untuk mengadakan majlis secara tertutup, sederhana dan menjemput ahli keluarga terdekat sahaja.

“Sebenarnya, menguar-uarkan majlis perceraian dalam media sosial juga tidak sesuai.

“Untuk yang dijemput ke majlis tersebut, mereka juga tidak wajib memperkenan jemputan itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI