fbpx

JKM perlu bantu adik Zayn Rayyan lepas hilang abang, ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mateen masih menunggu kepulangan ibu bapanya di rumah. (Gambar kecil: Zahari) - Foto FACEBOOK ZAHARI MOHD REBA

PETALING JAYA – Orang ramai menyeru pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu adik kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, Mateen selepas kehilangan abang tersayang serta terpaksa berjauhan dengan ibu bapanya.

Terdahulu, datuk kepada dua orang kanak-kanak itu, Zahari Mohd. Reba, 56, menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi keadaan Mateen yang dikatakan kurang sihat akibat merindui ibu bapanya.

Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan dan Mateen kini masih ditahan dan direman selepas tempoh tersebut dilanjutkan sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Menerusi semakan Kosmo! di ruangan komen hantaran yang dimuat naik Zahari semalam, ramai yang menyebut KPWKM dan JKM untuk turun padang menyantuni Mateen kerana rata-ratanya risau emosi kanak-kanak itu terganggu.

“Harap pihak kementerian, JKM datang bantu adik Mateen ini. Kesian sangat bila sebelum ini terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya sudah meninggal dunia dan kini sekali lagi dia terpaksa berjauhan dengan ibu bapanya. Kesian sangat si kecil ini, dia perlu lalui ujian yang sangat berat,” kata Norlaili.

“Kesian Mateen, anak yang soleh. Harap pihak berwajib seperti JKM bantu dari segi bantuan emosi, keperluan adik ini,” seru Khadir.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar Mateen terus kuat meskipun usianya masih muda dan mentah untuk memahami ujian hidupnya ketika ini.

“Stay strong (terus kuat) anak…Nanti mommy daddy balik, insya-Allah, moga tabah dengan ujian yang Allah takdirkan dan semoga setiap titisan air mata menjadi butir-butir pahala,” kata Atia Halim.

“Kalau acik (mak cik) dekat acik dah peluk awak, Mateen. Kuat ya anak ku sayang. Doakan mummy dan daddy awak, moga Allah permudahkan segala urusan keluarga awak sayang,” kata Nur Ashikin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI