fbpx

[VIDEO] ‘King’ tiada tandingan, redah arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Perodua Myvi yang berani meredah arus deras di jambatan Sungai Babagon.

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi dilihat cuba meredah arus deras di jambatan Sungai Babagon di Penampang, Sabah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tular berdurasi 36 saat itu, kereta tersebut berjaya akhirnya berjaya menyeberang jalan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bimbang kereta tersebut dibawa arus deras, malah ada yang meminta kerajaan untuk membina jambatan lebih tinggi atas faktor keselamatan penduduk.

“Berani oh, air deras tu. Memang sah Myvi (king), tiada tandingan,” komen @zulahmdi00.

“Jangan cuba-cuba, malang tidak berbau,” komen @laibon_renz.

“Utamakan keselamatan, jangan sampai menyusahkan keluarga,” komen @paul995566.

“Minta kerajaan bina jambatan la,” komen @sukhoi6.

Walau bagaimanapun, jambatan itu menjadi jalan utama yang dipercayai sering digunakan oleh pengunjung yang mandi-manda di sungai tersebut. – KOSMO! ONLINE

@laychannel05 King (Perodua Myvi) Seberang Air Deras di Jalan Raya Timpangoh Sungai Moyog Babagon..Mantapp Beranii lawann aruss. 👏👏👏🏆🏆 #banjir #2024 #Hujan #lawan #berani #kuat #yakin ♬ suara asli – 𝘼𝙑𝙀𝙀𝙋𝙇𝘼𝙔𝙀𝙍

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI