Wanita cantik bertudung unik itu bukanlah insan asing dalam dunia penstriman e-Sukan. Namun, sebelum berjaya dalam bidang tersebut, dia sebenarnya pernah mengambil keputusan yang disifatkan paling berani dalam hidupnya. Pernah bergelar anak kapal di sebuah syarikat penerbangan kos rendah di Arab Saudi, Flynas yang boleh dikatakan berpendapatan lumayan, Kartika Asirah Mahir akhirnya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu pada tahun 2018 setelah ditakdirkan mengalami kecederaan sewaktu ke tempat kerja. Namun katanya, sebelum itu lagi, dia sudah merasakan bibit-bibit untuk meninggalkan kerjaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya