fbpx

Agrobank agih RM2.5 bilion pembiayaan untuk usahawan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Badli (tengah) menyerahkan cederahati kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis di Kota Kinabalu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Agrobank telah menyalurkan pembiayaan  sejumlah 2.5 bilion sejak 2019 sehingga 2023 yang memanfaatkan usahawan  dalam sektor utama iaitu pertanian, perikanan dan penternakan di Sabah.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, dengan pembiayaan sedia ada bank, pihaknya  akan terus menyokong pembangunan ekonomi negeri Sabah terutamanya dalam merealisasikan agenda hala tuju Sabah Maju Jaya. 

“Inisiatif yang dianjurkan Agrobank di Sabah adalah  manifestasi mandat kami untuk terus komited dalam menyediakan akses perbankan yang inklusif, meliputi komuniti di luar bandar dalam usaha mempergiat ekonomi dan menaik taraf hidup di samping membuka  peluang pekerjaan kepada lokaliti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena kunjungan hormat ke pejabat Menteri Sabah bagi membincangkan inisiatif dan impak Agrobank dalam memperkukuhkan sektor pertanian di negeri Sabah terutamanya di kawasan luar bandar, baru-baru ini. 

Tengku Ahmad Badli  menjelaskan, Agrobank telah bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan  Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Pertanian Negeri, Kementerian Perladangan &  Komoditi, serta Persatuan-Persatuan Penjaja/Peniaga dalam mendapatkan prospek pelanggan pembiayaan untuk pelbagai jenis dana di bawah selian Agrobank. 

Antara inisiatif Agrobank untuk komuniti Sabah adalah program pembiayaan kerjasama bank dengan Aqina Borneo Sdn. Bhd.  bagi projek  ladang kontrak tanaman nanas MD2 di Beaufort dengan peruntukan keseluruhan sebanyak  RM6 juta. 

Agrobank juga menawarkan dana pemula  bagi golongan B40 Pemulih NewBiz sehingga bulan Disember lalu dan pembiayaan khusus untuk usahawan wanita (Agro TERAS Nisaa) sehingga Disember 2023 selain terbabit dengan program pembangunan asnaf dan usahawan asnaf. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI