fbpx

Yadim bantah program Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) membantah dan kesal dengan acara Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 2 Januari depan.

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, penganjuran program seperti itu memberi isyarat salah kepada rakyat bahawa kerajaan merestui program sedemikan untuk disajikan kepada rakyat.

Sedangkan, katanya, umum mengetahui sikap kerajaan terutamanya Perdana Menteri yang amat serius dalam usaha membanteras segala aktiviti yang tidak menyumbang ke arah pembinaan akhlak dan adab terpuji.

“Tambahan pula dalam suasana menghadapi pandemik Covid-19, sebarang bentuk perhimpunan yang tidak mendesak harus dielakkan kerana risiko penularan tetap ada walaupun pengajur memberi jaminan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan.

“Inilah sikap yang diambil seluruh dunia termasuk penganjuran program-program hedonistik seperti Miss World 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan, Nasrudin berkata, pihaknya akan menghantar memo bantahan secara rasmi kepada penganjur dan juga pihak berkuasa tempatan Isnin ini sebagai bukti komitmen mereka menentang sebarang penganjuran program yang tidak bermanfaat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI