fbpx

Honor ‘collab’ dengan Harcourt, foto portrait setanding harga > RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR menawarkan promosi Early Bird Special untuk pembeli mendapatkan peranti terbaharu dengan bayaran deposit RM20.

PETALING JAYA – Menjalin kolaborasi dengan Studio Harcourt, HONOR Malaysia secara rasmi mengesahkan yang siri HONOR 200 akan diperkenalkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Menariknya, kedua-dua model iaitu HONOR 200 dan 200 Pro akan tersedia untuk penggemar HONOR di Malaysia.

Bukan suatu benda yang baharu apabila jenama telefon menjalin kolaborasi dengan jenama kamera pada masa kini.

Contohnya, Leica pernah menjalin kolaborasi dengan Huawei dan Xiaomi, ZEISS dengan Vivo dan juga Hasselblad dengan OPPO.

HONOR juga tidak ketinggalan merupakan jenama telefon yang lain dan sentiasa mencari jalan keluar daripada kelaziman.

AI, potret yang bertaraf studio

Siri HONOR 200 mampu menawarkan keupayaan fotografi portrait bertaraf studio melalui kerjasama dengan Studio Harcourt dan juga kecerdasan buatan (AI) iaitu HONOR AI Portrait Engine.

Buat yang tidak mengetahui, Studio Harcourt adalah sebuah studio fotografi terkenal yang berada di Paris.

Pencipta kandungan teknologi Izami Gadget bersama keluarganya telah menguji keupayaan HONOR 200 Pro untuk mengambil gambar potret bertaraf studio.

Antara kelebihan lain peranti baharu ini termasuklah menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan 50MP swafoto.

Menurut HONOR, ramai selebriti berkunjung ke Paris untuk mendapatkan khidmat fotografi daripada Studio Harcourt yang berharga lebih RM10,000 untuk sekeping foto di studio ternama tersebut.

Studio Harcourt dikenali kerana keupayaannya mengambil gambar portrait yang kepakaran menggabungkan cahaya dan bayang bagi menghasilkan karya agung yang memaparkan penceritaan visual yang mengagumkan.

HONOR Malaysia juga telah menjemput pencipta kandungan teknologi tempatan untuk menguji keupayaan HONOR 200 Pro untuk mengambil gambar portrait.

Pencipta kandungan teknologi Fazli Halim juga turut mengambil gambar portrait dengan menggunakan HONOR 200 Pro.

Boleh nampak dari gambar portrait, dengan bantuan AI, HONOR 200 Pro mampu meniru dengan jayanya teknik pencahayaan dan bayangan ikonik Studio Harcourt sekali gus menjadikan setiap gambar yang diambil seperti diambil di studio fotografi yang terkenal di Paris.

Di samping bantuan AI, Siri HONOR 200 juga menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan 50MP swafoto.

Peranti baharu ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 untuk HONOR 200 dan cipSnapdragon 8s Gen 3 (HONOR 200 Pro).

HONOR Malaysia bakal mengumumkan pelancaran Siri HONOR 200 di Malaysia pada 19 Jun ini.

Selain itu, HONOR juga menawararkan Early Bird Special untuk pembeli mendapatkan peranti ini dengan bayaran deposit RM20.

Hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,377 terdiri daripada Rebat Deposit RM200, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Earbuds X6 dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI