KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur bermula esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata, Wan Rosdy akan menjalani rawatan sehingga tarikh yang akan ditentukan oleh pihak doktor.
“Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE